CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Oct 28, 2009

Sindrom mengoncang bayi(Shaken baby syndrome)


kebelakangan ni saya mmg byk dengar cerita pasal penyakit ni..
dah banyak kes yang saya bace pesakit nya terlantar di ICU dgn bantuan pernafasan dan ada yang menemui ajal..kerana usia mereka yang masih kecil saya mmg rase sedih sgt..sb baby2 ni mmg mengharapkan kita as ibu-bapa, pengasuh untuk menjaga mereka..mmg la once baby tuh dah start merangkak n buas, mmg agak susah nak handle dorg..sb as housewife saya kene masak, n jemur kain, n ect ect... mmg hari sbtu n ahad tu bukan hari yang dok rumah n menghadap anak 24 hours.. byk yang nak dibuat..n kalau boleh mase buat kerja2 tuh sume saya cuba gak la larik2 tgk baby..(larik2.. cam kelam kabut je kan) tp mmg kalau sorg2 je kat umah ngan baby mmg akak kelam kabut.. once baby tdo mase tu lah nak mandi bagai sume... n pada hari kerja saya mmg menaruh sepenuh kepercayaan kat pengasuh saya untuk jaga anak saya...mmg as ibu saya mmg lah nak protect anak saya..tp kadang2 terlepas pandang jugak la..and saya ni mmg clumsy gile.. n akibat nyer anak saya jatuh katil 3 hari lps.. n this is the 2nd time die jatuh..1st time kat umah pengasuh...hana(anak saya) nak masuk 8 bulan..dier dah start memanjat.. berdiri pegang kerusi n berlagak lepas tangan sebelah..konon terel la tuh..akibat nyer jatuh lah kat umah pengasuh.. benjol kepale balik umah..

tp td saya bace lg cerita pasal syndrome ni..terus decide nk tulis entry pasal ni...
ni saya ceritakan sikit yer..

shaken baby syndrome ni terjadi kepada baby yang digoncang atau dihentak dengan kuat sehingga saluran darah dalam otak pecah.ini mampu menyebabkan kematian pada baby tu. kebanyakan kes terjadi pada baby yang kurang dari 30 bulan (2 tahun). kebanyakan nyer terjadi akibat perbuatan sengaja manusia, iaitu melalui penderaan.yang mana apabila ibu bapa di hantui perasaan marah dan mereka menggoncang anakmereka dgn kuat tanpa belas kasihan.
ia juga boleh terjadi secara tidak sengaja kerana kanak2 berusia bawah 2 tahun tidak mempunyai otot tengkuk yang terbentuk dengan sepenuhnya.oleh itu jika badan mereka dioncang, kepala mereka akan tersentap kehadapan dan kebelakang yang mana mampu menyebabkan kerosakan otak atau pendarahan sama ada di dalam atau di atas otak.


PERBUATAN YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK
* bukan hanya disebab kan didera atau terhantuk boleh merosakkan otak mereka ,tp ade sebab2 lain.

1- melambung baby berulang kali (mcm kita timang2 baby tu)
2-berlari anak sambil mendukung baby,same ade kedepan atau kebelakang
3-membawa mereka menunggang kuda
4-memusingkan badan mereka(ini saya kurang pasti,mungkin pusing kepala kebawah n kaki keatas)

ANCAMAN YANG MUNGKIN BERLAKU

1-kerosakan otak
2-kecederaan tulang belakang
3-buta
4-kecederaan mata
5-sawan
6-patah tulang
7-terseliuh
8-kecacatan


harap2 info no berguna...



1 comments:

awliyacollections@blogspot.com said...

camna ngan tido dalam buaian dan menghayunkan buaiiann tu..risauu lakk